05 Mac 2009

Dua Teori Besar Alam Semulajadi

   Teori Kuantum dan Teori Relativiti merupakan dua teori besar yang menjadi asas kepada ilmu fizik moden. Kedua-duanya lahir pada hujung abad ke-19 dan dilengkapkan pada permulaan abad ke-20. Teori Relativiti ialah teori yang diperkenalkan oleh Albert Einstein yang menjelaskan bahawa pergerakan masa berubah-ubah, boleh jadi lambat, boleh jadi pantas, manakala ruang pula tidaklah tegar, tetapi boleh membengkok dan sebagainya. Perkara ini amat sukar dipercayai, tetapi pelbagai eksperimen telah membuktikan kebenarannya.

   Teori Kuantum pula menjelaskan sifat-sifat benda mikro seperti cahaya (foton) dan elektron. Kiasan mudahnya, Teori Relativiti menerangkan tentang "pentas" alam semulajadi ini iaitu ruang dan masa, manakala Teori Kuantum pula menerangkan tentang "watak-wataknya" iaitu atom, cahaya, dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut