05 Mac 2009

Masa depan boleh diketahui?

   Sebelum lahirnya Teori Kuantum, pergerakan segala jasad telah dijelaskan dengan Ilmu Pergerakan Newton (Newtonian Mechanics). Ilmu Pergerakan Newton, yang diperkenalkan oleh Isaac Newton, merupakan ilmu yang menerangkan bagaimana sesebuah jasad menyerap daya dan bagaimana jasad itu bergerak seterusnya.

   Katalah sebiji bola dilontarkan. Pengaruh luar seperti rintangan angin dan lain-lain diabaikan. Menurut Ilmu Pergerakan Newton, sekiranya kelajuan, arah, dan ketinggian bola ketika mula dilontar diketahui, melalui kiraan yang teliti, kedudukan akhir bola tersebut di permukaan lantai juga boleh diketahui . Dengan kata lain, "kedudukan akhir bola dapat diketahui awal-awal lagi di saat bola mula dilontar.  "

   Mengapakah apabila dadu dibaling, keputusannya jarang dapat diramal? Hal ini demikian kerana ketika dadu mula dilontar, keadaan ketika dilontar itu tidak diteliti. Sekiranya kelajuan, sudut, ketinggian, dan lain-lain diteliti dan dianalisis ketika dadu dibaling, keputusan mata dadu akan dapat dikira dengan tepat dari awal lagi ketika dilontar. Dengan kata lain, "keputusan mata dadu sebenarnya dapat diketahui awal-awal lagi di saat buah dadu dilontar."

Makhluk Ghaib Laplace
   Ahli sains Perancis, Pierre Laplace  telah mengembangkan Ilmu Pergerakan Newton. Kata beliau,
"Andainya wujud makhluk yang mengetahui keadaan segala jasad di alam semesta pada masa sekarang, makhluk tersebut akan dapat meramal masa depan alam ini. Dengan kata lain, masa depan itu sebenarnya telah pasti."
Makhluk yang diandaikan ini dipanggil Makhluk Ghaib Laplace.


Pierre Laplace

   Pemikiran Laplace ini merupakan pengetahuan umum bagi ahli-ahli sains ketika zaman itu sehinggalah lahirnya Teori Kuantum. Masa depan tidak dapat diramal hanyalah kerana keterbatasan kemampuan manusia mengetahui semua isi angkasa ini. Bagi mereka, sebenarnya, masa depan itu sudah tetap.

Lahirnya Teori Kuantum
   Bagaimanapun, setelah lahirnya Teori Kuantum, pemikiran Laplace itu terbukti salah. Menurut Teori Kuantum,
"sungguhpun wujud Makhluk Ghaib Laplace yang mengetahui segala isi semesta itu, meramal masa depan secara dasarnya tetap mustahil. Dengan kata lain, masa depan itu belum tentu!"
Perkara ini akan dikupas sedikit demi sedikit dalam tulisan ini.

---------------------------------------------------
Istilah:
Teori Kuantum - dengan istilah mudah, "Teori Bilangan" 量子論, Quantum Theory
Ilmu Pergerakan Newton  - ニュートン力学, Newtonian Mechanics
jasad  - 物体, 物質
daya  - force, 力
Makhluk Ghaib Laplace - ラプラスの魔物

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut